Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Kampung Wa Baru merupakan sebuah kampung tradisional di dalam Daerah Dungun, Mukim Jerangau dan termasuk di dalam wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Mengikut apa yang diceritakan oleh orang dulu-dulu, kampung ini mula dibuka oleh sekumpulan pendatang berasal dari Kota Tinggi Johor yang dikaitkan dengan peristiwa “sultan Mahmud Mangkat Dijulang”. Kampung Wa dinamakan sempena sebuah rangka wau besar (layang-layang) yang diperbuat daripada batang nibong yang ditemui di kawasan padi tenggala dikenali Padang Gaga terletak di Kampung Wa Lama. Jarak di antara Bandar Dungun dengan Kampung Wa adalah lebih kurang 25km. Dahulunya Kampung Pinang, Kampung Lentang dan Kampung Padang Ping merupakan kampung-kampung dibawah gabungan Kampung Wa selaku Kampung Induk tetapi kampung-kampung ini telah ditadbirkan sendiri dibawah JKKK masing-masing.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018


GOTONG-ROYONG DI PI1M KAMPUNG WA

Aktiviti Terkini | 03 Februari 2018

Program ini dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada peserta untuk menjaga kebersihan disamping mengeratkan lagi silaturahim sesama individu serta memupuk sikap kerjasama antara satu sama lain....baca selanjutnya

AKTIVITI BERSAMA PRASEKOLAH

Aktiviti Terkini | 28 Januari 2018

Program ini dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Prasekolah Sekolah Kebangsaan Kampung Wa mengenali Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Wa....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti